Friday, April 25, 2008

bunge semalu

u all kenal bunge semalu ? ni haaaa....



Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama,pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua,semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga,semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin

Dan akhir sekali,semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.
Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil

3 tinggal jejak:

cendawanintim said...

tq tuk info yang dipanjang2kan ini...

mrssham said...

bunge semalu tu semalu u ke??? hehehehehehe

nasazfrog... said...

dulu mase sekolah rendah nampak jer pokok semalu mesti usik pastu suke tgk dia kuncup cam magic jer kan time tuh,, yer la time kanak2 ribena tak tau lagi...